Pelakon Syatilla Melvin menjelaskan tidak pernah mempunyai rancangan untuk berhenti berlakon.

Menurut Syatilla, dia sebaliknya mengambil rehat daripada dunia lakonan untuk memberi tumpuan penuh pada anak sulungnya, Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun.

"Saya tidak pernah memberitahu akan berhenti berlakon sebaliknya buat masa ini saya berehat sebentar bagi memberi tumpuan kepada Syeriv.

"Sudah pasti saya rindu untuk kembali ke set tetapi apabila memikirkan perihal anak, saya lebih rela mengorbankan kerjaya sementara melihatnya membesar.

"Saya tidak mahu terlepas setiap momen indah bersama Syeriv jika saya keluar bekerja.

"Mungkin bila tiba masanya saya akan kembali berlakon semula," katanya kepada Astro Gempak.

Shaheizy Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.

Sam dan Syatilla menyambut kehadiran anak pertama mereka, Syeriv Samheiz pada 9 Mei tahun lalu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi