Pelakon Julia Ziegler mengesahkan dia kini sudah hamil empat bulan.

Julia Ziegler menerusi akaun Instagram (IG) mengesahkan berita kehamilannya itu dengan memuat naik artikel mengenai kandungannya itu.

Artikel dari sebuah laman berita itu memberitahu dia kini sudah hamil anak sulung dan berat badannya kini sudah naik sehingga 10 kilogram (kg).

Julia menerusi kapsyennya memberitahu kali ini berita dia hamil benar kerana sebelum ini tersebar di internet berita kehamilan Amyra selepas didakwa telah didedahkan olehnya di laman sosial.

Pelakon wanita itu meminta semua pihak periksa dahulu sesuatu berita itu sebelum membuat andaian.

“Tak pasal-pasal Amyra Rosli terbabit. Cek dulu please, jangan bantai-bantai,” tulisnya.

Amyra juga menerusi akaun IGnya menafikan dirinya kini hamil anak kedua seperti yang tersebar di Internet baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Amar Baharin itu memberitahu perkara berkenaan tidak benar sama sekali malah dia tidak mempunyai simtom-simptom hamil.

Bagaimanapun, menurut Amyra, terdapat salah faham menerusi foto berkenaan yang sebenarnya menjelaskan bahawa Julia yang bakal menimang cahaya mata.

The news frm @jaydeesm . Ini baru betul, tak pasal pasal @aamyrarosli terbabit. Check dulu Pls , Jangan bangtai bantai. Alhamdulillah am blessed and thank u semua for the doa. https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/08/457200/hamil-anak-sulung-julia-ziegler-naik-10-kg ❤️Thank u JD for the write up❤️

A post shared by zieglerjulia (@zieglerjulia) on

Foto: IG Julia Ziegler