Baru-baru ini, tular khabar angin yang mengatakan Beyonce telah hamil kali keempat disebabkan bentuk perutnya yang sedikit menebal.

Namun begitu, penyanyi popular Hollywood ini telah cuba menafikan khabar angin tersebut melalui gerakan persembahannya di konsert jelajah On The Run II bersama Jay Z baru-baru ini.

"Beyonce telah menyanyikan lagu mengenai ketidakselesaan dihadapi wanita terhadap tubuh badan dan mengusap bahagian peha dan perutnya.

"Perkara itu dianggap sebagai petanda yang dia cuba menafikan khabar angin mengenai kehamilan terbarunya dan saiz perut yang lebih besar dari kebiasaan itu hanyalah disebabkan peningkatan berat badan," kata sumber.

Rata-rata peminat telah memberi pendapat yang sama selepas melihat gerak-geri tersebut baru-baru ini, namun begitu, Beyonce dan Jay Z masih belum membuat kenyataan secara rasmi mengenai perkara ini.


Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org