Tiada yang salah dalam berfesyen! Sama seperti Jennifer Lopez yang tular gambar-gambarnya menyarung but paras paha rekaan Versace kelmarin.

Boot denim siap bertali pinggang hitam dan poket itu menurut segelintir netizen kelihatan seolah-olah seluar yang terlondeh.

Menurut info, harga but yang dipakai JLo itu sekitar 1,700 UK Pound (RM9,059). Wow bukan!

But denim itu merupakan sebahagian daripada koleksi terbaharu Versace untuk Versace Resort 2019.

Diva pop antarabangsa itu memadankan but denim itu dengan sehelai kemeja oversized Poiret, bercermin mata gelap dan tas tangan kulit hitam Hermes Birkin.

JLo dilihat menyarung but denim itu ketika hadir ke ibu pejabat MTV di New Your pada Selasa.

Penyanyi berusia 49 tahun itu diumumkan bakal menerima anugerah Michael Jackson Video Vanguard pada MTV VMAs yang bakal berlangsung pada 20 Ogos depan.

Jom lihat lebih lanjut rekaan but Versace ala-ala seluar terlondeh itu.







Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Mirror, Vogue Runway, Sun, Insider, Express