Selepas melahirkan anak kedua, pelakon popular Lisa Surihani mengakui dia bersikap selektif untuk menerima tawaran lakonan.

Menurut Lisa, dia menjadi lebih memilih untuk merancang kerjaya masa depan.

"Saya akan melihat dulu siapa pengarah, baca skrip terlebih dahulu, siapa yang akan berlakon dengan saya sebelum menerima sesuatu tawaran.

"Saya dengan pihak pengurusan akan berbicang dulu bersama atas beberapa faktor kerana ini melibatkan periuk nasi saya," katanya.

Tambah pelakon berusia 32 tahun ini, rezeki untuk berlakon itu sentiasa ada cuma ia mengikut keinginan sesetengah individu itu untuk merancang perjalanan karier mereka.

Lisa ditemui di majlis tayangan perdana dunia filem Wheely yang diadakan di GSC Pavillion malam tadi.

Filem ini bakal ditayangkan bermula 16 Ogos di seluruh Malaysia.


Teks: Noor Zulaikha Yusof