Kurang seminggu dimuat naik di laman YouTube, muzik video lagu terbaru nyanyian Hael Husaini, Hajat berjaya mencatat rekod tersendiri.

Dimuat naik pada 27 Julai lalu, Hajat telah meraih 1.1 juta tontonan dan berada di kedudukan pertama carta trending YouTube.

Muzik video yang turut menampilkan Syuhaida Abraz (Dottie), Sherry Alhadad dan Happy Polla juga menjadi bualan di laman sosial.


Ramai yang mula meniru gerakan tarian Hael, Dottie, Sherry dan Polla dalam muzik video tersebut dan menamakan ia sebagai #HajatDanceChallenge.

HAHA negara mana korang shooting bersalji ni . Haha Thank you ? . Jom menari sama ???? . #Repost @koolfmmy • • • • • Macam mana @haelhusaini ? BerHAJAT nak panggil @ag_azmeer , @haizahanafi , @heymuazkoolfm & @rea_koolfm jadi back up dancer tak? ??? #PHDKoolFM #MuzikKoolTanpaHenti #HajatDanceChallenge

A post shared by 'HAJAT' (New Released) (@haelhusaini) on

Have fun with HAJAT ? . tag membe boleh macamni ? . @breffa_yazid #HAJATdancechallenge #HAJATHH #haelhusaini #haelers

A post shared by 'HAJAT' (New Released) (@haelhusaini) on


Hajat merupakan single ketiga Hael selepas Jampi dan Haram. Lagu Hajat merupakan hasil ciptaan Hael sendiri bersama komposer Ezra Kong.

Teks: Kamaruddin Razal