Sebelum ini, tular kisah percintaan penyanyi terkenal Hollywood, Jennifer Lopez atau lebih ringkas dikenali sebagai J Lo bersama teman lelakinya yang merupakan seorang bekas pemain besbol, Alex Rodriguez.

Menurut sumber, Alex dan J Lo sentiasa meluangkan masa bersama dan saling melengkapi antara satu sama lain.

"Alex sedang menunggu masa yang sesuai untuk melamar penyanyi tersohor itu kerana mereka berdua sudahpun bersedia untuk menjalinkan ikatan yang sah.

"Dia merasakan J Lo adalah wanita yang sangat sempurna untuk dirinya dan menyatakan dirinya sangat bahagia sejak mula menjalinkan percintaan pada tahun lepas," kata sumber.

Ketika sambutan hari jadi baru-baru ini, J Lo ada mengenakan sebentuk cincin berlian yang dianggap cincin pertunangannya namun ia hanya pemberian dari Alex ketika hari kekasih pada Februari lepas.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com