Baru-baru ini, pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida membuat pengakuan bahawa dia mengizinkan suaminya untuk berkahwin lagi.

Sehubungan itu, kakaknya, pengarah dan pelakon Erma Fatima telah berkongsi pengalaman yang pernah hidup bermadu sebelum ini.

"Saya pernah hidup bermadu dan sudah tentu saya mempunyai pengalaman mengenai hal tersebut.

"Umie, suami dan bakal madunya harus memikirkan yang terbaik, dan jika semuanya berjalan lancar maka perancangan untuk berpoligami itu boleh diteruskan.

"Orang yang menjadi isteri kedua itu harus mempunyai perasaan sedar diri yang dia berkahwin dengan suami orang.

"Ketiga-tiga pihak harus reda dan memahami antara satu sama lain, barulah kebahagiaan dapat dikecapi bersama," kata Erma.

Erma ditemui di sidang media Couture Fashion Week New York 2018 anjuran Peniagawati bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sebelum ini, Erma pernah mendirikan rumah tangga bersama Bade Haji Azmi dan mempunyai lima orang anak angkat iatu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, Citra, 16, dan Nurain, 12.

Teks : Asraf Aided