Bimbang dengan penularan virus HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut), pelakon Hanez Suraya membawa anaknya, Putri Aleesya melakukan pemeriksaan di hospital.

Semuanya gara-gara ulser yang berada dalam mulut anak perempuannya dan bimbang ia merupakan simptom penyakit berjangkit tersebut.

Hanez bagaimanapun bersyukur kerana Aleesya bebas daripada penyakit itu.

“Dapat je tahu Aleesya ada ulcers dalam mulut terus paranoid bawak pergi hospital check. Lagi sekarang tengah virus HFMD.

“Bila dah check darah Alhamdulillah takde symptoms tu. Cuma ulcers sebab panas,” tulisnya menerusi entri di laman Instagram (IG) miliknya.

Selain itu, Hanez turut meminta ibu bapa di luar sana supaya lebih berjaga-jaga supaya virus tersebut tidak terus merebak.

“Tadi baru dapat berita ada yang kena terus tak berani nak hantar Aleesya ke school.. Takut...... so ibu bapa di luar sana, check lah tapak tangan, kaki, lidah anak-anak ya.

“Kadang2 ada 1 spot je dah bole merebak teruk. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin,” tulisnya lagi.

Dapat je tahu Aleesya ada ulcers dlm mulut terus paranoid bwk pegi hospital check. Lagi skrg tgh virus HFDM. Bila dh check darah Alhamdulillah takde symptoms tu. Cuma ulcers sbb panas. Tp, baru dpt berita ada yg kena terus tak berani nak hantar Aleesya ke school.. Takut...... so ibubapa di luar sana, check lah tapak tgn, kaki, lidah anak2 ya. Kadang2 ada 1 spot je dah bole merebak teruk. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin ❤️ #AleesyaSakitMummyYangAnxiety

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on


Foto: IG Hanez Suraya
Teks oleh: Syafiqah Jalal