Twitter tak pernah mengecewakan! Penangan Hantu Kak Limah membuatkan seorang pengguna Twitter keliru dengan aktres Maya Karin.

Ghairah demi mendapatkan ucapan daripada Maya, pengguna yang dikenali sebagai Nabil Qayyum turut kagum dengan pelakon itu yang disalah anggap membintangi filem Hantu Kak Limah.

"Sis Maya Karin, saya sebagai sahabat dari sekolah sampai sekarang kepada @Haris909090, mohon sis wish birthday kat Haris.

"Dekat sekolah dia selalu sangat cerita pasal sis sampai sekarang ni, dia pun janji nak pergi tengok Hantu Kak Limah kat wayang sebab sis ada berlakon," tulis pengguna itu.

Twit itu mendapat respon daripada Maya Karin yang tidak keberatan melayan permintaan peminat terbabit.

Namun, Maya menegaskan dia bukan individu yang dimaksudkan berlakon dalam filem Hantu Kak Limah.

"Happy Birthday Haris! By the way, I tak berlakon Hantu Kak Limah," tulis Maya.




Filem Hantu Kak Limah merupakan trilogi Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Mon Jin Pakai Tonjit (2013).

Datuk Awie, Zul Ariffin, Dalimawati Ismail, Uqasha Senrose, Pekin, Jue Aziz dan Datuk Seri Vida antara pelakon yang membintangi filem Hantu Kak Limah.

Hantu Kak Limah akan mula ditayangkan pada 9 Ogos nanti.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Twitter, @mayakarin