Sering menjadi sasaran netizen, pelakon Scha Alyahya tidak melayan kritikan haters kerana secara tidak langsung orang ramai akan memandang negatif terhadap perbuatan itu.

"Contoh yang saya boleh berikan macam kes anak saya, Lara Alana. Dulu, ramai yang cakap dia macam-macam, tapi sekarang, orang dah diam pun.

"Bagi saya bila kita berdepan dengan situasi sebegini, ia memperlihatkan bagaimana kita mengendalikan situasi tersebut. Ambil dari sudut positif atau negatif.

"Kalau kita layan dan gaduh, secara tidak langsung orang akan pandang negatif pada kita," katanya.

Walaubagaimanapun, pengalaman lalu mengajar Scha untuk menjadi seorang yang lebih pandai memilih antara perkara yang perlu dititikberatkan ataupun ditolak tepi.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Sinar Harian