Anak tunggal Fizo Omar dan Mawar Karim, Wan Maryam telah memasuki usia tujuh bulan dan kelmarin telah berlangsung majlis akikah dan kesyukuran di kediaman pasangan itu.

Meriah umpama majlis nikah Fizo dan Mawar lima tahun lalu, majlis akikah Wan Maryam dihadiri keluarga dan kenalan rapat pasangan itu.

Berkonsepkan serba putih dan diserikan bunga-bungaan merah jambu, majlis akikah Wan Maryam mendapat sentuhan pelamin daripada Dream Catcher Wedding Planner.

"Anaknda Maryam hari ni genap la Maryam 7 bulan.

"Doakan Maryam sentiasa sihat diberkati di rahmati selalu.

"Tak sabaq nanti Maryam nak makan nasi kandaq la mama. Gelang Maryam dah menampakkan Maryam anak mami ka Mek Klate?" coret Mawar menerusi Instagram peribadinya.

Bagaimanapun, lebih mencuri tumpuan apabila Mawar turut mengulang siar foto majlis pernikahannya beberapa tahun lalu.

"Adoi cer komen sikit gambaq 5 tahun lepas time wedding cheq dengan Abe Joe dan swipe tengok selepas 5 tahun gambaq Aqiqah Maryam kami berdua.

"Ya ampun banyaknya beza, Maryam besar nanti tengok na. Baru anak seorang dah kembang dua-dua," tulisnya berseloroh.

Adoi cer komen sikit gambaq 5 tahun lepas time wedding cheq ng Abe Joe n swipe tengok selepas 5 tahun gambaq Aqiqah Maryam kami berdua??. . . Ya ampun banyaknya beza ?☺️ Maryam besaq nanti tengok na ?. Baru anak seorang dah kembang dua2 ??

A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on


Apapun, jom tengok gambar-gambar menarik sepanjang majlis akikah Wan Maryam pada Sabtu lalu.

Mana Maryam ni ?? . . Amboi Maryam dah ready ka ☺️?. . Pelamin Maryam dah macam wedding pulak ☺️ @dreamcatcherweddingplanner

A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on

Terima kasih semua yg sudi hadir ☺️? majlis aqiqah Maryam @maryamfareedakids . . (Wearing Mawar Fushia @fareedagroup ) . ( Dress ? @firstchapterofficial) . (Make up @khaibaha ) . (Pelamin @dreamcatcherweddingplanner )

A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on

Tetamu Maryam yg terakhir ☺️?. With Prof Muhaya @profmuhaya . Walaupun Maryam dah tidoq macam tau2 ja Prof datang terus bangun ?☺️. Terima kasih semua yg sudi hadir n yg mana tak sempat jumpa Maryam sat2 lena sat2 jaga ☺️

A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on

Anaknda Maryam hari ni genap la Maryam 7 bulan ???‍?‍?. . Doakan Maryam sentiasa sihat diberkati di rahmati selalu. . Tak sabaq nanti Maryam nak makan nasi kandaq la mama. Gelang Maryam dah menampakkan Maryam anak mami ka Mek Klate ??..

A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on

MAJLIS AKIKAH & KESYUKURAN WAN MARYAM BT WAN HAFIZOL. -28 JULAI 2018- . Terima kasih tak terhingga drpd kami sekeluarga atas kesudian utk hadir & doa kalian semua.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @mawar_karim, @fizoomar