Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya telah menerima ugutan bunuh di laman sosial.

Semuanya gara-gara watak Shah dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku.

Menerusi akaun Instagram miliknya, dia memberitahu telah mendapat ugutan bunuh gara-gara watak yang dipegang olehnya.

Pun begitu, Saharul berkata, dia menganggap ugutan bunuh ini adalah hiburan buat dirinya dan hanya gurauan semata-mata.

"Hiburan pagi hari ni, sy tahu dia memain, tapi tergelak baca. Teruk sgt ke Shah ni? Hahahahahaaha. Ni cerita tak habis lagi ni. Standby baju kalis peluru lah," tulis Saharul.



Baru-baru ini pelakon Niena Baharun turut sama menerima kutukan dan maki hamun akibat lakonannya sebagai Husna dalam drama itu.

Saharul membawa watak seorang suami kepada Zahirah Macwilson tetapi mempunyai teman wanita (Niena Baharun) pada satu masa yang sama.


Teks: Noor Zulaikha Yusof