Isteri kepada penyanyi Black, Cira Khairy punyai sebab sendiri jarang memuat naik gambar dan videonya bersama anak.
Jelas Cira, dia enggan terlalu taksub dengan media sosial demi membuktikan kehidupannya sebagai seorang ibu hingga mengabaikan tanggungjawab hakiki lain.
"Ada beberapa orang DM cakap saya tak macam Black selalu update pasal anak.
"Pendek kata tak suka layan anak dan tak motherhood.
"Kalau saya asyik nak record moment saya dengan anak, rumah saya tak akan bersih, baju bersepah, laki kelaparan, baju show cari dalam mesin basuh dan lain-lain.
Tambahnya, biarlah kenangan dan detik-detik bersama keluarga menjadi kenangan antara mereka bersama.
"Tak perlu saya nak tunjuk-tunjuk sebab biarlah kenangan itu antara saya, suami dan anak saja," kata Cira lagi.
Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada September 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Khaleef Daiyyan, 3.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @cirakhairy
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di