Pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bakal menimang cahaya mata kedua selepas disahkan hamil lima minggu.

Menurut Puteri Sarah buat masa sekarang doktor menasihatinya agar banyak berehat dan tidak melakukan kerja berat.

"Saya memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan sudah mencuba sejak anak pertama berusia 11 bulan lagi.

"Alhamdulillah kini saya disahkan hamil lima minggu.

"Doktor tak benarkan saya dukung anak atau lakukan kerja-kerja berat. Tapi saya dukung juga curi-curi.

“Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin masih awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga," katanya.

Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Jamu Mutyara, di Wow Kl, pada Rabu.

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia 1 tahun 3 bulan.

Sumber: mStar Online