Personaliti dan jutawan terkenal Hollywood, Kylie Jenner mendedahkan dirinya sudah bersedia untuk hamil kali kedua.

Kylie yang sedang hangat bercinta bersama kekasihnya, Travis Scott telah melahirkan bayi pertamanya, Stormi yang berusia lima bulan pada 1 Februari lepas setelah merahsiakan kehamilan itu.

"Kylie sememangnya telah bersedia untuk menimang cahaya mata yang kedua dan dia tidak teragak-agak dengan keputusan itu," kata sumber.

Pada masa yang sama, kenyataan yang dibuat Kylie itu telah membuatkan para pemintanya tertanya-tanya tentang status hubungannya bersama Travis, rata-rata antara mereka menganggap bahawa pasangan itu telahpun bertunang.

Kabar angin itu tersebar kerana Kylie dan Scott sangat mengutamakan privasi dan merahsiakan banyak perkara sebelum ini, namun ia belum mendapat kepastian dari mereka berdua.


Teks : Asraf Aided
Sumber : thehollywoodgossip.com