Tunang kepada penyanyi terkenal Ariana Grande, Pete Davidson telah memadam akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Perkara itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat Ariana tentang hubungan mereka berdua.

Menurut sumber, Pete memadam akaun Instagramnya kerana dia tidak mahu berurusan bersama mereka yang tidak disukai dan memberi impak yang negatif terhadap dirinya.

Pete dan Ariana sebelum ini telah menyatakan bahawa mereka berdua sedang bahagia dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi, namun perkara ini sudah mula diragui peminat setelah Pete memadam akaun Instagramnya itu.

Teks : Asraf Aided
Sumber : thehollywoodgossip.com