Sepuluh penyanyi baru bakal berentap dalam program realiti Big Stage yang bakal bersiaran di Astro Ria.

Program Big Stage merupakan sebuah pertandingan nyanyian terbaru berkonsepkan realiti yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan.

Seramai 10 bintang BBNU yang terdiri dari lima bintang lelaki dan lima bintang wanita bakal bersaing di pentas utama 'Big Stage' yang akan berlangsung selama lapan minggu untuk musim pertama.



Peserta lelaki terdiri daripada Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain dan Tajul manakala peserta perempuan ialah Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Dua ikon tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir telah dilantik sebagai juri tetap rancangan ini.




Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang khas secara bergilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap untuk mengadili persembahan.

Alif Satar dan Sherry Alhadad bakal menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage manakala bakat baru, Eyra Hazali dan Harris Anuar menjadi pengacara Live Plus Big Stage.

Live Plus Big Stage akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini akan mula ditayangkan mulai 5 Ogos 2018, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!

Teks & Foto: Asraf Aided