Imam Muda Asyraf mengakui kurang selesa dengan gelaran pendakwah selebriti yang dilabelkan masyarakat terhadap dirinya.

Sebaliknya, Asyraf, 34, menjelaskan dia lebih selesa dipanggil murabbi (pembimbing).

"Saya cuma seorang ustaz biasa yang menjalankan tugas untuk berdakwah.

"Jujur saya katakan, saya kurang selesa dengan gelaran selebriti, lebih baik gelaran murabbi atau dalam makna lain pembimbing.

"Tetapi saya pun harus akur dan terima hakikat apabila saya kerap muncul di kaca televisyen menerusi rancangan keagamaan hingga mendapat gelaran pendakwah selebriti itu," katanya.

Asyraf ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta Jus Hidayah Gold Seraimas di Ruang, Shah Alam baru-baru ini.

"Saya terima tawaran ini atas dasar kekeluargaan, memandangkan saya tinggal di Bangi dan syarikat mereka juga berdekatan.

"Walau dari tahun lepas lagi mereka cuba memujuk saya, akhirnya saya terima tawaran ini," tambahnya.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @imammudaasyraf