Bintang filem terkenal Bollywood, Priyanka Chopra telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 18 Julai baru-baru ini.

Ekoran dari itu, pelakon terkenal itu mendedahkan bahawa dirinya rasa amat dihargai oleh rakan-rakan dan peminatnya.

Menerusi sebuah entri di Instagramnya, Priyanka telah memuat naik sebuah video ucapan terima kasih kepada semua individu yang telah memberi ucapan sempena hari jadinya baru-baru ini.

"Anda semua telah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya, terima kasih atas segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan, saya berasa amat terharu," tulisnya.

All of you have been such a huge part of my journey. Thank you so much for all the love and affection that you have showered on me this birthday...I’m truly touched. I may not be able to reply to everyone individually but pls know you are in my heart. Love and happiness always...❤️?

A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on

Priyanka kini digosipkan bercinta bersama penyanyi terkenal Hollywood, Nick Jonas dan mereka kelihatan sering meluangkan masa bersama.


Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Priyanka Chopra