Tidak sampai 15 minit lori sampai di tapak gerai dan bakul durian diturunkan, habis semuanya direbut orang gara-gara raja buah itu yang dijual dengan harga serendah RM1 sebiji.
Penjual durian Aizawati Abdul Latib, 34, berkata sejak durian kampungnya dijual dengan harga murah di Taman Mutiara, Sungai Kob di sini mula tular dalam laman sosial beberapa hari lalu, permintaan terhadap buah berduri itu semakin meningkat.
"Kami jual RM1 sebiji sebab buahnya jenis durian kampung yang bersaiz kecil, namun isinya tetap baik dan sedap serta dalam masa sama, mahu semua orang termasuk yang agak tidak berkemampuan dapat merasa durian yang baik.
"Orang berebut sebab kami jual tak banyak dan jumlah durian RM1 bergantung kepada berapa banyak yang kami dapat daripada pembekal di Balik Pulau, Pulau Pinang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata setiap hari sekurang-kurangnya beliau akan menjual empat bakul besar dengan anggaran 70 biji durian satu bakul, termasuk durian jenis lain yang dijual sekitar RM 3 hingga RM35 sekilogram.
"Antaranya ialah D14 (RM12 sekilogram), D15 (RM18 sekilogram), Kacang Hijau (RM18 sekilogram) dan Kimpo (RM35 sekilogram) manakala durian kampung pula dijual antara RM3 hingga RM10 sekilogram.
"Secara kasar, kami menjual sekurang-kurangnya dua tan pelbagai jenis variati durian kampung dan kahwin setiap hari," katanya.
Aizawati memberi jaminan yang pembeli boleh datang menukar durian baharu sekiranya buah yang dibeli pada mulanya tidak elok, selain turut menyediakan perkhidmatan mengopek durian untuk disimpan ke dalam bekas plastik bagi memudahkan pelanggan.
Sumber: Bernama / Astro Awani
Foto: Kaodim
Kamaruddin Razal
Fri Jul 20 2018
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.