Kumpulan Wanna One telah menyumbangkan kira-kira 100 Juta Won (RM358,000) kepada Yayasan Jantung Korea bagi membantu penghidap penyakit jantung.

Kempen ini bermula daripada idea ahli Wanna One sendiri dan mereka percaya kempen ini lebih bermakna apabila ramai orang menunjukkan minat yang sama untuk melibatkan diri.

Wanna One juga berharap agar sumbangan ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

Ketua Yayasan Jantung Korea, Jo Beom Goo mengucapkan terima kasih kepada kumpulan Wanna One kerana bukan sahaja mengadakan kempen untuk pesakit penyakit jantung, tetapi juga memberi sumbangan yang bermakna.

"Kami percaya bahawa mesej yang dikumpulkan sepanjang kempen ini sangat membantu pesakit dan sumbangan yang diberikan akan digunakan kepada pesakit penyakit jantung yang menghadapi masalah kewangan," katanya.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi