Pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin meluahkan rasa kesal apabila melihat video tarian ‘shiggy challange’ yang menjadi kegilaan ramai di media sosial pada masa kini.

Menerusi entri di Instagram (IG), PU Amin memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak terikut melakukan tarian itu dan berkongsi video yang dirakam di media sosial.

"Tadi aku terkesan bila aku nampak depan mata budak perempuan marah ngomel-ngomel dengan bapa dia sebab bapa dia tak record betul-betul masa dia tengah joget nak buat keke challenge entah apa benda entah.

"Aku cuma nak cakap ingat dalam Al-Quran ada Surah An Nisa, Surah yang Allah Swt buat khusus untuk memuliakan dan menghormati wanita .

"Nak menari berjoget lentik macam mana pun buat dalam rumah depan orang yang halal. Pesanan dan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh aku abang bebel.

Tadi aku terkesan bila aku nampak depan mata budak perempuan marah ngomel ngomel dengan bapak dia sebab bapak dia tak record betul betul masa dia tengah joget nak buat keke challenge ntanh pebende ntah. . Aku cuma nak cakap ingat dalam Al Quran ada Surah An Nisa , Surah yang Allah Swt buat khusus untuk memuliakan dan menghormati wanita . Nak menari berjoget lentik macam mana pun buat dalam rumah depan orang yang halal.. . Pesanan dan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh aku abang bebel. Adeh lepas satu satu budaya pamer maksiat ni wujud . Aku hanya mampu menegur sahaja . Kalau marah tak suka maknanya korang tengah makan cili . Babai Everybody ✌?Aku tegur bukan sebab aku ni budak skema baik soleh ya malaikat , tapi aku tak nak masyarakat buat benda pelik pelik yang tak ada manfaat.. . Nabi sabda : ‘Tinggalkan benda yang tidak bermanfaat’ . So korang sharelah nasihat aku kat FB sebab FB aku kena block lagi ni . #Jangan #Jadi #Pembaris

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


"Adeh lepas satu-satu budaya pamer maksiat ni wujud . Aku hanya mampu menegur sahaja. Kalau marah tak suka maknanya korang tengah makan cili .

"Aku tegur bukan sebab aku ni budak skema baik soleh ya malaikat, tapi aku tak nak masyarakat buat benda pelik-pelik yang tak ada manfaat," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh PU Amin dan mereka berharap agar orang ramai dapat berfikir dahulu sebelum melakukan tarian ‘shiggy challange’.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi