Pelakon popular Nora Danish telah menerima pujian netizen apabila menggantikan Neelofa sebagai pengacara program MeleTOP pada Selasa lepas.

Nora telah memuat naik gambarnya ketika mengacarakan program itu dan menerima pelbagai respon positif dari netizen sehingga ada yang mencadangkan Nora terus kekal menggantikan tempat Neelofa.

Kebanyakan netizen berpendapat bahawa Nora kelihatan bersahaja dan tidak gugup mengendalikan program yang disiarkan secara langsung itu.

@meletop for tonite.. Tq all esp Nabil. U are awesome. ?

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

"Suka dengar suara Nora, comel dan 'sweet' je, boleh ganti Lofa dah ni," kata salah seorang dari netizen di ruangan komen entri tersebut.

Pernah menjadi pengacara beberapa program sebelum ini, kemunculan Nora dalam MeleTOP menjadi penampilan pertamanya sebagai hos selepas dia melahirkan anak kedua, Mohamed Neqayl.


Teks: Asraf Aided
Sumber: Instagram Nora Danish