Klip video baru Tom Cruise melakukan babak aksi selama 30 minit untuk filem terbaru "Mission: Impossible - Fallout" telah tersebar dan tular di internet baru-baru ini.

Rakaman disebalik tabir Tom Cruise melompat keluar dari pesawat tentera di atas padang pasir di Abu Dhabi dan aksi 'freefalling' dari ketinggian hampir 25,000 kaki juga telah mengejutkan banyak peminat filem.

Pelakon Simon Pegg yang turut terlibat berlakon dalam filem tersebut mengakui, ketika babak itu dilakukan, semua pelakon dan kru produksi berasa sangat bimbang dan cemas kerana tiada jaminan Tom Cruise akan hidup.

"Perbezaan antara anda melihat aksi-aksi ini dan kami melihatnya adalah anda tahu bahawa Tom masih hidup," katanya.

Sementara itu, satu lagi video baru yang dimuat naik di YouTube, juga memaparkan rakaman disebalik tabir aksi di helikopter, kereta dan motosikal.

Meskipun profesional tetapi Tom Cruise membuktikan dia juga manusia biasa apabila dia telah mengalami kecederaan pada pergelangan kaki ketika penggambaran aksi melompat bangunan di London tahun lalu.

Penggambaran tersebut serta-merta dihentikan buat sementara dan bersambung semula selepas bintang berusia 56 tahun itu benar-benar sembuh.

Sumber: Aceshowbiz