Pelakon Azad Jasmin berkongsi momen melucukan apabila kenderaan miliknya yang diletakkan di bahu jalan ditunda oleh trak pihak berkuasa.

Kata Azad, kesilapan itu berpunca daripada dirinya yang mengambil mudah dengan meletakkan keretanya hingga mengganggu lalu lintas.

"Tengok saya bawa kereta tak pegang stereng, dahsyat tak? Saya buat magic!

"Itulah, jangan buat pandai macam saya park sebelah, konon nak pergi bank sampai ganggu ketenteraman orang. Padan muka saya dah kena angkut!

"Dah la bini kat Jakarta, bawa dua anak nak beli makan tukar lampin semua.

"Nasib baik depa prihatin. Tapi saman kena bayar juga," kata Azad menerusi sepotong video di Instagramnya semalam.

Padan muka pak azad hahahah... pesanan pak Azad jgn parking ikut suka hati.. padan muka pak azad hahahahah

A post shared by Pak Azad (@azadsyazirarose) on


Azad turut ditemani dua anak perempuannya, Ammara Sofea Rose dan Ameisya Leann Rose dalam kenderaan terbabit yang sedang ditunda.

Manakala, isterinya Eira Syazira kini berada di Jakarta atas urusan kerja.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @azadsyazirarose