Ruhainies Mengaku Sedang Mengenali Hati Budi Penyerang JDT

Hiburan
Ruhainies Mengaku Sedang Mengenali Hati Budi Penyerang JDT
Beberapa kali dilanda gosip percintaan dengan beberapa individu, pelakon jelita Ruhainies sering menafikan khabar tersebut.

Namun kali ini, Ruhainies seakan bersedia untuk berkongsi kisah dengan seseorang yang khabarnya masih di peringkat awal hubungan.

Pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini mengakui yang dia kini sedang mengenali hati budi seorang pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid.

"Sebenarnya sudah lama dia cuba nak berkawan dengan saya. Cuma, baru beberapa bulan lepas saya berani untuk berkawan. 

"Saya pula jenis susah nak berkawan dan berjumpa seseorang. Apabila dia berusaha hingga sanggup menghubungi pembantu peribadi saya, baru saya yakin," katanya.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, menjelaskan yang buat masa ini, hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

Sebelum ini, Safawi yang merupakan penyerang JDT pernah digosipkan dengan penyanyi Wanie Kayrie dan pelakon Sweet Qismina.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Harian Metro 

Artikel Berkaitan