Pelakon terkenal Korea, Kim Woo Bin dilaporakan baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi setelah hampir sembilan bulan berehat kerana penyakit kanser dihidapinya.

Menurut laporan Soompi, Kim Woo Bin masih perlukan masa untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

"Keadaan Kim Woo Bin sangat baik sekarang dan dia masih perlu tempoh masa yang panjang untuk kembali pulih sepenuhnya agar penyakit itu tidak kembali menyerang.

"Buat masa sekarang dia tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk kembali aktif berlakon.

"Walaupun dia sudah selesai menjalani rawatan kemoterapi namun sukar untuk memberitahu mengenai statusnya kini secara teperinci," kata pihak pengurusan Kim Woo Bin.

Sebelum ini, pelakon itu disahkan menghidap kanser yang dikenali sebagai Nasopharyngeal pada tahun lalu.

Kim Woo Bin bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke tempat lain.

Sumber: Soompi