Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Hollywood Miley Cyrus mengambil keputusan memadam kesemua gambar yang berada di dalam akaun Instagram miliknya.

Akaun Instagram Miley mempunyai lebih kurang 76 juta pengikut dibiarkan kosong, malah gambar profile Miley juga ditukarkan kepada imej berwarna hitam.

Ramai peminat beranggapan bahawa tindakan Melly ini mungkin kerana dia akan mengeluarkan karya baru.

Tindakan memadam kesemua gambar di media sosial bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

Sebelum ini Taylor Swift dan Blake Lively juga pernah memadam semua fotonya bagi mempromosikan single dan filem terbaru.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: USmagazine