Bintang rap Hollywood, Cardi B masih mengutamakan privasi dan tidak mahu menyiarkan gambar bayi perempuannya yang baru sahaja dilahirkan, Kulture Kiari Cephus buat masa ini.

Menurut sumber, penyanyi rap tersebut telah diberikan tawaran bernilai jutaan dolar daripada beberapa syarikat penerbitan untuk menyiarkan gambar bayi tersebut namun dia belum bersedia untuk berbuat demikian.

"Cardi mendapat pelbagai tawaran lumayan untuk menyiarkan foto anaknya tetapi dia menolak.

"Buat masa sekarang, dia mahukan suasana normal dan memberi fokus kepada bayi yang baru sahaja dilahirkan.

"Mungkin apabila Kulture sudah besar sedikit, barulah dia akan berkongsi foto anaknya," kata sumber.

Penyanyi berusia 25 tahun ini telah melahirkan bayi tersebut pada 10 Julai yang lalu dan bakal aktif menyanyi tidak lama lagi.

Teks : Asraf Aided
Sumber : tmz.com