Menghadapi pelbagai dugaan dalam berumah tangga dan akhirnya bercerai, Intan Liana Saleh yang merupakan bekas isteri kepada pemuzik Ude mendedahkan dirinya tidak fobia dengan perkahwinan dan enggan terus merasa berduka.

Menjawab beberapa soalan daripada netizen menerusi Ask Me Question di Instagram Stories, Intan memberitahu dia mempunyai keinginan untuk mencari pengganti tetapi kali ini dia akan lebih berhati-hati memilih.



"Ada rasa nak cari pengganti tapi takde orang nak... Hahaha. Tengok juga orangnya macam mana, taknak dicurangi lagi," jawabnya.

Pada masa yang sama, Intan turut menjawab soalan mengenai ciri-ciri bakal calon suami.

"Jejaka itu mestilah seorang yang comel, mengambil berat, bertanggungjawab, rajin dan menjaga solat," katanya.

Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga bersama Ude, Intan diceraikan dengan talak satu pada 22 Mac lalu.

Berpisah dengan bekas suami, Ude atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Wahid, Intan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: mStar