Penyanyi Maya Matahari mengakui sedang dalam proses mengenal hati budi seorang lelaki berstatus bujang sejak setahun lalu.

Maya, 42, turut memohon agar semua peminat mendoakan agar jodohnya kali ini lebih baik dan kekal selamanya.

"Saya minta orang doakan jodoh yang baik untuk saya. Saya mengharapkan jodoh kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

"Dia orang biasa sahaja dan kami masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing," katanya.

Sebelum ini, Maya pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza pada Jun 2009 namun telah mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos 2015.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Kosmo