Penyanyi yang popular menerusi lagu Kantoi, Zee Avi menyatakan hasratnya untuk bekerjasama bersama penyanyi ternama Dayang Nurfaizah.

Menurut Zee, dia amat mengagumi kualiti vokal yang dimiliki Dayang dan dia berhasrat untuk mencipta lagu buat penyanyi tersebut.

"Walaupun kami berasal dari negeri yang sama dan sudah 11 tahun dalam industri muzik, baru kini saya berpeluang bertentang mata dengannya.

"Kami ada bersembang mengenai perkara ini dan saya berharap, impian itu dapat direalisasikan, cuma mungkin bukan dalam masa terdekat kerana saya tahu jadual Dayang amat padat," kata Zee.

Sebelum ini, Zee yang melakar nama di Amerika Syarikat pernah diundang oleh penyanyi Aizat Amdan untuk berkolaborasi dalam lagu We'll Be Happy dan ia telah mendapat sambutan hangat dari pendengar.


Teks : Asraf Aided
Sumber : Berita Harian