Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah telah menyindir segelintir selebriti yang mempromosikan produk tanpa mengetahui keberkesanan sebenar menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

Malah, menurut Sakinah, ada juga menggunakan produk berjenama antarabangsa untuk mempromosikan

Ekoran dari kenyataan tersebut, pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menyatakan pendapat sama dan menyokong apa yang diperkatakan Sakinah.

"Saya ada tengok video yang dikongsikan Sakinah itu dan sokong apa yang dikatakannya.

"Saya tahu dia tujukan sindiran tersebut kepada golongan artis yang jual produk kurus sedangkan diri itu memang kurus, masih belum berkahwin dan tidak mempunyai anak.

"Saya sendiri tidak pernah menipu pelanggan, malah mencuba produk keluaran saya dan ia memang berkesan.

"Berat saya pernah mencecah 85 kilogram selepas melahirkan anak ketiga, Aaisyah Dhia Rana tetapi dengan produk tersebut, berat saya kembali menurun," kata Che Ta.

Dalam perkembangan lain, Che Ta menyatakan bahawa dia masih berminat untuk berlakon walaupun agak sibuk menguruskan perniagaan, dia berharap agar ditawarkan watak yang sesuai dengan dirinya seperti dalam drama Kiah Pekasam dan Kak Marr.


Teks : Asraf Aided
Sumber : Kosmo Online