Penyanyi yang sedang mencipta nama, Sufian Suhaimi mengakui kehidupannya kini semakin tenang dan mendedahkan bahawa dia tidak lagi mengutamakan soal mencari cinta.

Menurut Sufian, dia sudah bangkit dari kekecewaan yang dihadapinya sebelum ini selepas putus tunang bersama pelakon Elfira Loy.

"Ada gadis cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu insan yang sesuai. Ada juga dalam kalangan peminat yang menghantar mesej peribadi, tetapi jodoh itu rahsia Allah," katanya.

Namun begitu, penyanyi yang popular menerusi lagu Terakhir ini mengatakan bahawa dia tidak menutup pintu hatinya untuk mencari pasangan, tetapi buat masa ini, dia belum bertemu insan yang sesuai.

"Saya tidak lagi mencari cinta, hidup saya lebih tenang apabila tidak lagi mengejar cinta," ujarnya.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Berita Harian