Pelakon Erra Fazira mengakui anaknya, Engku Aleesya Engku Emran selesa ketika bersama dengan penyanyi, Shahir Zawawi.

Menurut Erra, walaupun dia berkawan rapat dengan Shahir namun mereka tidak mempunyai perancangan berkaitan hubungan yang dijalinkan.

"Seperti yang selalu saya tegaskan sebelum ini kepada umum, tidak ada apa-apa yang ingin saya kongsikan.

"Tidak manis untuk saya yang berkata-kata sebagai seorang wanita dan apa yang boleh saya kongsikan adalah hubungan kami sangat baik sebagai kawan.

"Walaupun Aleesya selesa dengan Shahir tapi saya belum tergerak (hati) nak hadiahkan dia bapa baru.

"Hubungan kami hanya sekadar kawan dan tidak ada apa-apa sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya," katanya kepada Astro Gempak.

Erra berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache's, Seksyen 26, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram Erra