Pelawak dan pelakon komedi terkenal, Saiful Apek meluahkan perasaannya di media sosial seolah berdepan dugaan dan berterima kasih pada penyokong dan rakan artis.

Akuinya, ketika dia ditimpa ujian, tiada siapa yang memberikan duit sehingga ada kalangan golongan minoriti yang buat tidak peduli.

"Namun sy tetap Sabar, Syukur & Istiqomah sbb sy kaya dgn 'dana doa'. sesungguhnya doa berbisik dalam 'rahsia' ni, akan terus berdentum ke langit, selain doa org2 yg teraniaya & dikhianati. selain dari penyokong2, inilah petikan kata2 & doa2 dari famili 'Insan Seni' yg byk memberi sy kekayaan Dunia & Akhirat," katanya menerusi akaun Instagramnya, hari ini.

setiap kali bila ditimpa musibah & ujian, takde sape yg bagi 'dana', lbh2 lg dlm bentuk 'wang'. biasenye diorang (minoriti) bagi 'dono' je. namun sy tetap Sabar, Syukur & Istiqomah sbb sy kaya dgn 'dana doa'. sesungguhnya doa berbisik dalam 'rahsia' ni, akan terus berdentum ke langit, selain doa org2 yg teraniaya & dikhianati. selain dari penyokong2, inilah petikan kata2 & doa2 dari famili 'Insan Seni' yg byk memberi sy kekayaan Dunia & Akhirat. TERIMA KASIH atas sgala sokongan slama ni. terharu, rendah diri & seikhlas hargainya sgt2. Syukur اَلحَمْدُ لِله (harap maaf jika ada kata2 dari sesiapa yg tak sempat nak masukkan skali & jgn ambil hati dgn susunan rambang sy ni) ?? Semoga اَللّهُ sentiasa memberikan Taufik, Rahmat, Berkah, Perlindungan, Keselamatan, Rezeki & Hidayah, serta Redha Nya. آمِّينَ

A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on


Status Saiful Apek itu mendapat banyak komen daripada rakan artis termasuk peminat yang terus memberikan sokongan pada artis senior itu.

"Teruskan perjuangan.. pedulikan kata2 org.. abg adalah legend sebagai seorg Pelawak yg ifa hormati sampai skrg ni," komen penyanyi, Ifa Raziah.

Begitu juga, penyanyi Shiha Zikir berpandangan lakonan Saiful Apek tetap hebat dan diminati ramai.

"Seriously abg Apek, Shiha minat & hargai abg Apek dari zaman anak mami, senario semua tu. Bg shiha,abg apek takde duanya. Ramai yang peduli & sentiasa sokong abg apek dan sentiasa dlm doa kami. By the way kalau shiha tgk blk filem abg apek belakon dulu,confirm gelak pontianak keluar," katanya.

Seorang netizen dikenali sebagai hanidina83 turut mendoakan pelakon kegemarannya itu terus sihat.

"Assalammualaikum abg @saifulapek ... saya peminat abg dlm diam. Saya doakan abg sekeluarga dlm keadaan sihat hendaknya. Semoga abg dlm lindungan dan rahmat allah s.w.t. sapa kata abg dah tak ada yg ingat. setiap kata2 atau dialog yg abg lakonkan , gerak geri dlm lakonan abg masih lagi terpahat dlm ingatan saya.

"Dari zaman sekolah hingga dah mempunyai 3 org anak saya masih lagi suka tgk cerita2 abg. Tak pernah tak jemu. Sampai anak saya yg berumur 5 tahun pun tau nama abg . Kalo nampak cerita abg je dia panggil.. mummy2 saifulapek cerita... dia kata ok ok dont be sad abg," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi