Jika pelakon komedi, Mark Adam dikatakan peminat mempunyai persamaan muka dengan aktor kacak Thailand, Sunny Suwanmethanont, bagaimana pula Datuk Ramli MS dengan Presiden Indonesia, Jokowi dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram memuat naik 3 foto antara dia dengan Jokowi dan Lee Hsien Loong menerusi akaun Instagramnya, @tokram_ramlims.

"Muka mahal!!!hahahahaha....manade sama..," katanya dalam status itu.

Muka mahal!!!hahahahaha....manade sama..☻☻

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on


Nyata status itu menarik minat ramai netizen media sosial termasuk rakan artis yang mengambil kesempatan untuk bergurau dengan konduktor muzik terkenal itu.

Paling menarik, komen pengacara popular, Jihan Muse yang selalu mengusik Tok Ram dalam pelbagai program TV sebelum ini.

"Org kata kalau buang tebiat ni tandanya.. hmm ntahlah mls nak komen," katanya.

"xtau nk maki mcmne. sbb dia ni kalis maki," komen penyanyi Black Hanifah pula.

Seorang netizen iaitu nrashahhsn_ memberi komen wajah Tok Ram dengan dua pemimpin negara jiran itu memang mempunyai persamaan.

"Tahi lalat Mahai," komen seorang netizen yang dikenali sebagai wannkelam.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @tokram_ramlims, @jokowi, @leehsienloong