Penyanyi popular, Datuk Nassier Wahab antara selebriti terus bertahan dalam industri seni tanah air dengan kehebatan vokal dan paling mencuri tumpuan peminatnya adalah beliau sentiasa kelihatan muda.

Sebelum ini beliau juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan.

Begitu juga, mungkin tidak ramai yang tahu beliau juga sering kelihatan awet muda kerana mengamalkan membaca surah Yusuf.

Perkara itu diakui sendiri penyanyi Alif Satar yang memuat naik sekeping foto lama kelihatan Nassier di zaman muda manakala Alif masih kanak-kanak.

Dalam al-Quran sebelum ini ada menyebut Surah Yusuf mempunyai rahsia untuk menaikkan seri wajah dan awet muda.

Alif menyatakan Pakcik Nassier gemar membaca Surah Yusuf yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan mempersona sehingga hari ini.

This is my uncle @nassierwahab ? when i say we go way back, we go wayyyyyyyy back? That’s him on the left banging on dad’s keyboard at our old home 20+ years ago and me smiling ear to ear. Uncle Nassier ni suka baca surah Yusoff, that explains why he still looks dashing as ever even to this day.. definitely one of my music heroes growing up. Thanks uncle Nassier!

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on


Dalam dua foto dalam status yang sama, jika dibuat perbandingan Nassier sememangnya tidak banyak jauh berubah.

Alif juga menganggap Pakcik Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @alifsatar