Gara- gara susulan laporan polis yang dibuat oleh Datuk Farid Kamil terhadap Soffi Jikan pada 31 Januari lalu, sehingga kini hubungan antara mereka dingin.

Ketika ditanya sejauh mana hubungan antara dia dengan Datuk Farid Kamil, Soffi mengakui dia tidak mahu bertentang mata dengan Farid biarpun suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu ada menghubunginya.

"Diakui ada beberapa rakan ingin pertemukan kami, tetapi saya tidak berminat. Malah Farid juga ada menghubunginya tetapi tidak dijawab.

"Terus terang, saya masih belum boleh terima apa yang dia lakukan terhadap saya.

"Saya masih tidak percaya dia sanggup melakukan seperti ini. Disebabkan tindakannya, saya hilang segalanya," katanya kepada Gempak.

Terdahulu, Soffi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 47 diberkas ketika hadir untuk memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil.


Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof