Pelawak dan penyanyi Achey, mengakui kini dalam proses menyiapkan single baharu yang dicipta untuk anaknya, Nur Tiara Zinnirah.

Menurut Achey, dia tidak sabar untuk melancarkan single baharu ini yang berjudul Anak dalam masa terdekat ini.

"Alhamdulillah saya bersyukur dengan kurniaan anak yang diberikan ini.

"Sebenarnya saya sudah ada lagu untu anak saya dan masih dalam proses untuk merakamkan single terbaharu ini.

"Lagu ini memang saya cipta khas untuk Tiara kerana saya ingin berkongsikan perasaan apa yang dirasai bersama dengan orang ramai.

"Diharapkan single baharu yang akan keluar tidak lama lagi akan dapat diterima oleh pendengar di luar sana," katanya kepada Astro Gempak.

Achey berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Super Spontan Xtravaganza (SSX), di Hotel Putrajaya Marriott, baru-baru ini.

SSX bakal bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat bermila 20 Julai, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram