Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red mengesahkan bahawa isterinya kini sedang hamil anak kedua.

Menurut laporan Sinar Harian, ini merupakan anak kedua Adira dan kelapan bagi Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.

"InsyaALLAH, Adira akan bersalin pada bulan September nanti. Kali ini anak lelaki. Kali ini juga saya tak mahu letak nama panjang-panjang sebab takut lupa," ujar Datuk Red.

Bersama Adira, ini merupakan anak kedua mereka namun kelapan bagi Datuk Red.

"Saya memang sukakan anak-anak. Kalau boleh nak 20 orang anak. Bagi saya inilah rezeki sebenarnya. Tak boleh dibandingkan dengan duit.

"Anak tambah tak apa tapi isteri cukup dua. Dua ini sudah mencukupi hidup saya," katanya.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

Sumber: Sinar Harian