Pelakon kacak, Izzue Islam mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan sindiket penipuan di Internet.
Malah, dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan akaun palsu yang menggunakan nama dan wajahnya untuk memperdaya mangsa terutama pengguna media sosial.
"Saya memperbanyakkan kesedaran dalam kalangan pengguna media sosial dengan memuat naik gambar sama di semua media sosial saya sama ada Instagram, Facebook dan Twitter.
"Jadi, orang akan sedar dan boleh membezakan akaun rasmi saya atau palsu.
"Selain itu, saya akan pastikan akaun Izzue Islam yang mereka follow ada tanda verified (blue tick)," katanya.
Izzue yang ditemui pada majlis pelancaran teater Tanah Akhirku di Istana Budaya semalam mendedahkan dia telah membuat laporan berhubung isu penipuan jual beli tudung sejak Ramadan lalu.
"Laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dibuat minggu lalu dan menunggu tindakan selanjutnya.
"Saya diminta menyenaraikan semua akaun palsu yang menggunakan nama dan wajah saya.
"Ini kejadian kali kedua berlaku kepada saya membabitkan penipuan di Internet jadi saya memohon agar semua pengguna berhati-hati," katanya yang pernah dituduh menjual alat elektronik sekitar dua tahun lalu," kata Izzue.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @izzueislam
Amri Hassan
Fri Jul 13 2018
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.