Pelakon Shukri Yahaya meluahkan rasa kesal apabila ada aktor yang mempertikaikan mutu skrip yang diberikan dalam sesebuah drama.

Menurut Shukri, sebagai seorang pelakon individu itu harus bijak untuk mengolah skrip yang diberikan supaya lakonan menjadi hebat.

"Ada pelakon kata skrip tak bagus tapi bagi saya kita sebagai seorang pelakon yang patut olah benda itu untuk bagi cantik di kaca televisyen.

"Sebagai seorang pelakon kita tidak sepatutnya bergantung pada skrip yang diberikan sepenuhnya kerana setiap lakonan yang ditonjolkan harusnya mengunakan kreativiti sendiri.

"Ini sebenarnya cabaran kepada pelakon untuk mengolah lakonannya untuk jadi yang terbaik dan beberza dengan orang lain," katanya kepada Astro Gempak.

Shukri berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan pelumba Toyota Gazoo musim kedua di APW Bangsar, baru-baru ini.

Selain Shukri Toyota Gazoo musim kedua ini turut disertai oleh Akim Ahmad, Khai Bahar, Wany Hasrita, Nabila Razali, Aiman Tino, Janna Nick, Datin Diana Danielle dan Nabil Ahmad.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram