Lagu terbaru nyanyian Khai Bahar berjudul Cahaya 114 bukan saja semakin digemari ramai peminatnya tapi ia turut diminati pendengar antarabangsa bukan Melayu.

Salah seorang pendengar dari Filipna yang dikenali sebagai Rukaiya Dagian yang pertama kali mendengar lagu tersebut memuji kekuatan vocal yang dimiliki penyanyi tersebut.

"Suaranya sangat asli dan saya menyukainya. Suaranya sangat-sangat asli," katanya.

Gadis itu memberikan komen peribadinya menerusi video yang dimuat naik di YouTube akaunnya baru-baru ini.



Dia yang mempunyai 33,600 pelanggan YouTube yang mengikuti akaun media sosialnya itu juga menyatakan komen menyukai suara kanak-kanak sebagai penyanyi latar lagu itu.

"Lagu ini begitu bagus dan saya menyukainya. Saya harap dapat memahami apa maksud lagu ini.

"Ia mungkin mengenai cinta terhadap komuniti dan agama atau keduanya sekali. Apapun, saya sangat menyukainya apabila dia mempunyai emosi ketika menyanyikan lagu ini," katanya.

Lagu Cahaya 114 ciptaan komposer dan penyanyi nasyid kumpulan DeHearty, Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid berkonsepkan keagamaan yang merujuk pada 114 jumlah surah dalam al-Quran.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @khaibahar94