Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof akhirnya memuat naik poster rasmi filem sekuel Munafik 2.

Filem yang turut dibintangi Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi dan Fizz Fairuz itu kata Syamsul bakal ditayangkan ada 30 Ogos depan.

Manakala, trailer rasmi Munafik 2 akan dimuat naik pada minggu hadapan.

Dengan Nama Allah, Munafik 2 Official Poster. Di Pawagam 30 Ogos 2018. #Munafik2 #Fisabilillah #Malaysia #Indonesia #Brunei #Singapore . InshaAllah Official Trailer next week. . @maya_karin @nasirbilankhan171960 @fizzfairuzofficial @cahayaasmawi @fauzinawawi_new

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on


Gambar poster filem arahannya itu menarik minat netizen yang semakin teruja menantikan filem seram itu ditayangkan.

Malah, ada yang memuji kualiti poster filem berkenaan.

"Tak sabar nak tengok bro!" tulis Asyraf Muslim.

"Wah! Sure best seram gila. Will support you and watch dik. Tahniah," tambah Serina Redzuawan.

"Nice," puji Izzue Islam ringkas.

Filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 telah mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak RM17 juta.

Malah, karya Syamsul itu turut ditayangkan di Indonesia.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @syamsulyusoffilm