Selepas menghilang setelah berakhirnya pentas AF Megastar Oktober tahun lepas, Shahir tampil membuat persembahan di hadapan pesakit mental baru-baru ini.

Shahir yang ditemani pelakon terkenal Erra Fazira telah membuat persembahan di wad psikiatri dan Pusat Kesihatan Mental (Mentari), Hospital Selayang.

Sesi ramah mesra dan persembahan itu dibuat ketika menyertai kunjungan Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) sempena sambutan Aidilfitri pada 27 Jun yang lalu.

Terima kasih Mentari Selayang kerana sudi menerima kedatangan kami untuk bersama2 dengan pesakit2 mentari dan kami sangat berharap semua pesakit2 dan staff terhibur In shaa Allah? Hope to see everyone soon! #mentari #mentariselayang #aidilfitri2018 #miasa #miasamalaysia #mentalhealthawareness #mentalillnessawareness #journeytorecovery #everyonematters

A post shared by Miasa Malaysia (@miasa.malaysia) on

Menurut kenyataan yang dibuat menerusi media sosial, pihak Mentari telah mengucapkan terima kasih kepada Shahir dan Erra, atas kesudian meluangkan masa bersama mereka.

"Pihak Mentari mewakili seluruh Jabatan Psikiatri Hospital Selayang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Miasa kerana sudi meluangkan masa bersama pesakit di wad psikiatri.

"Para pesakit kami amat gembira menerima kunjungan artis terkenal tanah iatu Erra Fazira dan Shahir," tulisnya.

Shahir dan Erra didakwa sedang menjalin hubungan cinta, namun masing-masing selesa dengan gelaran teman tapi mesra.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Mstar