Song Hye Kyo dan Park Bo Gum bakal membintangi drama terbaru berjudul Boyfriend.

Pada 9 Julai lalu, seorang wakil syarikat Bon Factory telah mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon itu akan muncul dalam drama terbabit.

Boyfriend berkisarkan mengenai kisah Cha Soo Hyun, seorang wanita yang tidak pernah dapat menjalani kehidupannya sendiri. Sebagai anak perempuan seorang ahli politik terkemuka, dia dipaksa berkahwin pada usia muda dan akhirnya dia bercerai.

Kehidupan Cha Soo Hyun berubah tanpa diduga apabila dia bertemu dengan Kim Jin Hyuk, seorang lelaki muda biasa yang tahu bagaimana untuk mencari kebahagiaan dalam perkara-perkara kecil.

Cinta romantik mereka yang kelihatan tidak mempunyai persamaan, akhirnya menimbulkan masalah pada kehidupan mereka.

Boyfriend akan menceritakan kisah seorang wanita yang seolah-olah dia mempunyai segalanya dan seorang lelaki biasa tanpa kemewahan.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi