Penyanyi terkenal, Elizabeth Tan mengakui tak kisah sekiranya bekas kekasihnya terasa dengan single terbarunya yang berjudul Police Entry.

Menurut gadis yang mesra disapa sebagai Lizzy ini, lagu tersebut berkisahkan tentang seorang penipu dan dia turut mengakui yang lagu terbabit dituju kepada bekas kekasihnya.

"Walaupun lagu ini bukan ciptaan saya, tapi memang ada kaitan dengan bekas teman lelaki saya, sebab dia seorang penipu.

"Kalau dia nak terasa, biarkan.. Dia tahu apa yang dia telah lakukan kepada saya sebelum ini," kata Lizzy.

Lizzy ditemui di majlis pelancaran single Police Entry bertempat di Saro Lounge, Pavilion Elite, baru-baru ini.

Tambah Lizzy, lagu tersebut mendapat inspirasi dari Polis Sentri, sebuah lagu kanak-kanak yang sering dinyanyikan dalam permainan kejar mengejar.


Police Entry dicipta sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Hael Husaini sementara muzik videonya diarahkan oleh Lizzy sendiri.



Teks : Asraf Aided