Penyanyi remaja popular, Ismail Izzani kini sedang sibuk dengan pembikinan single terbarunya bertajuk Bidadari yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Menurut penyanyi yang terkenal menerusi single Luar Biasa ini, dia sedang bereksperimen untuk menambah baik lagu tersebut.

"Lagu Bidadari ini pada asalnya tidak rancak, tetapi kami sedang berusaha keras untuk menukarkannya kepada irama yang lebih rancak.

"Single Luar Biasa sebelum ini menampilkan muzik rancak, dari situ kami berbincang tentang kesesuaian dan penerimaan peminat," tambahnya lagi.

Tambah Ismail, lagu tersebut akan dilancarkan dalam masa terdekat, sebelum bulan Oktober.

Teks : Asraf Aided